Certified Recovery Coach 3.0 (CRC 3.0)
Certified Recovery Coach 3.0 (CRC 3.0)
Majlis Penyalahgunaan Bahan Malaysia (MASAC) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Pusat Penyelidikan Dalam Penyalahgunaan Dadah Asia (Acreda) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan program CRC 3.0 yang telah dirasmikan oleh Y.Bhg Dato’ Dr. Abdul Latiff Ahmad Pengerusi Panel Penasihat Majlis Penyalahgunaan Bahan Malaysia (MASAC).
Majlis yang diadakan di Hotel Tamu, Kuala Lumpur pada 28 Julai 2023 turut dihadiri oleh Y.Brs Tuan Mohd Fauzi bin Abidin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Y.Brs Tuan Ahmad Lutfi Abdul Latiff Presiden MASAC, Y.Brs Prof Madya Dr Mohamad Isa Amat Timbalan Dekan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Y.Brs Tuan Razif bin Wan Pengarah (AADK Wilayah).
CRC 3.0 kali ini dihadiri oleh seramai 39 orang peserta (35 lelaki dan 4 perempuan). Program 7 hari ini merangkumi pelbagai modul pembelajaran antaranya Mindset Shift, Principles of Recovery & Coaching, Coaching Tools & Skills dan banyak lagi sebagai pendedahan sebelum peserta menduduki ujian pemahaman dan penilaian. Sesi pertama telah diadakan pada 28 Julai – 31 Julai 2023. Manakala sesi kedua telah berlangsung pada 8-10 September 2023.
Tahniah buat semua!