Diantara Mitos & Fakta

SEORANG PENAGIH TIADA KEMAHUAN UNTUK BERUBAH
​
SALAH: Ketagihan dadah sebenarnya mengubah cara otak dan badan berfungsi, merosakkan kemahuan dan mengurangkan kawalan diri. Perubahan ini menjadikan seseorang itu sukar untuk menolak penggunaan dadah.

SEMUA PENAGIH ADALAH SAMA
​
SALAH: Ketagihan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tidak kira status ekonomi, bangsa, umur atau latar belakang pendidikan.

PRESKRIPSI UBAT ADALAH SELAMAT JIKA DARIPADA DOKTOR
SALAH: Hanya kerana doktor menetapkan penggunaan sesuatu ubat, tidak bermakna ia selamat (tanpa kawalan) untuk diambil terutamanya jika anda mempunyai sejarah penyalahgunaan dadah.

SETIAP ORANG YANG MENGGUNAKAN DADAH ADALAH PENAGIH
SALAH: Walaupun penyalahgunaan dadah boleh menyebabkan ketagihan (dan banyak kes ianya memang berlaku). Bukan setiap orang yang menggunakan dadah atau alkohol akan ketagih. Ketagihan terjadi disebabkan oleh pengambilan dadah yang berterusan.

KETAGIHAH MELAMBANGKAN KEGAGALAN MORAL
SALAH: Stigma berkaitan ketagihan menggambarkan bahawa penagih tidak mempunyai moral yang baik tetapi andaian ini tidak berasas. Tiada siapa yang tahu apa yang menyebabkan ketagihan tetapi ada faktor yang meningkatkan kemungkinan seseorang mengalami ketagihan.

SATU JENIS RAWATAN UNTUK PEMULIHAN
SALAH: Proses merawat ketagihan berbeza untuk setiap orang tetapi tidak bermakna satu proses rawatan berfungsi lebih baik daripada yang lain. Rawatan harus dilakukan secara perseorangan untuk menangani keperluan individu yang berbeza.