top of page
WhatsApp Image 2022-10-15 at 22_edited.jpg

Membina Sebuah Harapan Dan Impian.

Kami mendengar cerita mereka dan belajar apa yang penting bagi mereka kerana kami benar-benar mengambil berat tentang kegembiraan, kejayaan, kegelisahan dan kesakitan mereka. Kami prihatin tentang angan-angan seorang anak kecil, pengharapan seorang isteri dan suami serta impian ibu dan ayah untuk memiliki kehidupan yang gembira dan bahagia. Saat masyarakat percaya dan memberi sokongan kepada mereka, mereka mula melihat bahawa kehidupan mereka mempunyai nilai, makna dan tujuan yang besar. 

​

Ini adalah langkah pertama sebuah pilihan; pilihan yang kita putuskan hari ini. Sebuah pilihan berdasarkan kasih kita kepada mereka yang akan memberi kesan kepada keputusan masa depan - kerjaya yang dipilih, perkahwinan yang dibentuk, keluarga yang dibina dan negara yang dibangunkan. Sertai kami dalam usaha merealisasikan sebuah harapan dan impian.

KEMPEN

Sinar Ramadan

MASAC komited dan mendukung usaha membantu komuniti terkesan dadah sepanjang Ramadan dan Syawal pada tahun ini terutamanya golongan pesakit yang di dalam proses pemulihan,bekas pesakit dan ahli keluarga pesakit.  Jadikan bulan mulia ini titik mula kepada mereka untuk kembali bahagia. Ayuh memaknakan Ramadan & Syawal mereka.​

​

Tujuan Dana:

Kempen ini dilaksanakan untuk mengumpul dana bagi membantu golongan-golongan yang terkesan

dan yang memerlukan sokongan sepanjang Ramadan dan Syawal.  Sasaran seramai 500 orang penerima manfaat melalui inisiatif:

​

  • Majlis Berbuka Puasa

  • Sumbangan bantuan kepada ahli keluarga pesakit

​

 

Dana diperlukan: RM 100,000

Jumlah Terkumpul: RM 43 (*Dikemaskini setiap sabtu)

Poster Besar Bawah.png

Sinar di Hujung Terowong

MASAC komited dan percaya usaha pemulihan komuniti terkesan dadah ini memberi impak positif. Komuniti ini terdiri daripada pesakit yang sedang menjalani rawatan pemulihan serta remaja-remaja jalanan yang terjebak dengan dadah. Usaha berterusan ini telah membuahkan hasil dan kejayaan. Ayuh, kita bersama mengembalikan senyuman dan tawa mereka!

​

Tujuan Dana:

Kempen ini dilaksanakan untuk mengumpul dana bagi menjayakan program-program pemulihan yang bersifat jangka masa pendek dan jangka masa panjang.  Sasaran seramai 1000 orang penerima manfaat melalui pelbagai inisiatif di antaranya:

  1. Jom Bangkit! (program khusus kepada remaja jalanan)

  2. Program-program pemulihan di pusat-pusat ahli gabungan MASAC melalui aktiviti:

              a. Khidmat Nasihat

              b. Rujukan dan Advokasi

              c. Sokongan Sosial

              d. Sokongan Psikologi

 

Dana diperlukan: RM 200,000

Jumlah Terkumpul: RM 318 (*Dikemaskini setiap sabtu)

Socmed Sinar di Hujung Terowong (7).png
Birthday Celebration

Kasih Keluarga

Kita jarang mengetahui tentang keperitan keluarga pesakit dadah, tangisan anak-anak yang rindukan sebuah pelukan dan pengorbanan yang mereka lalui. MASAC mendengar cerita mereka dan belajar apa yang penting bagi mereka. Saat masyarakat percaya dan memberi sokongan kepada mereka, mereka mula melihat bahawa kehidupan mereka mempunyai nilai, makna dan tujuan yang besar.

Kasih keluarga membawa ke syurga.

​

Tujuan Dana:

Kempen ini dilaksanakan untuk mengumpul dana bagi membantu meringankan bebanan ahli keluarga pesakit dan mewujudkan persekitaran yang kondusif dan ceria untuk anak-anak. Sasaran seramai 1000 orang penerima manfaat melalui pelbagai inisiatif di antaranya:

  • Sumbangan kewangan kepada ahli keluarga

  • Pembelian peralatan/pakaian program Jom masuk sekolah!

  • Program sokongan sosial dan khidmat nasihat

 

Dana diperlukan: RM 200,000

Jumlah Terkumpul: RM 0 (*Dikemaskini setiap sabtu)

Teamwork

Bersatu Banteras

Dunia tidak akan sunyi daripada mereka yang berhati emas. Mereka mengorbankan hidup mereka demi mewujudkan masyarakat yang sihat dan bahagia.  Kita juga mampu bersama mereka. Jika tidak mampu dari segi tenaga dan masa, sumbangan wang ringgit anda mampu meringankan beban wira-wira yang terlibat. Bantu mereka untuk terus berjuang.

​

Tujuan Dana:

Kempen ini dilaksanakan untuk menjana dana dalam usaha melakukan kerja-kerja advokasi dan  pemulihan di dalam negara meliputi pelbagai lapisan masyarakat. Dana akan disalurkan ke:

​

1. Certified Recovery Coach (CRC program)

Kursus dengan kerjasama univeristi tempatan ini direka untuk individu yang pernah terlibat dengan dadah yang ingin meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka di dalam bidang berkaitan. Kursus akan mendedahkan para peserta tentang asas pengetahuan yang kukuh mengenai penggunaan bahan, penyalahgunaan, dan ketagihan. Usaha ini akan melengkapkan diri para peserta dalam usaha membantu dan memberi khidmat kembali kepada masyarakat dengan lebih baik. Sijil pentauliahan diberikan kepada para peserta yang berjaya melakukan kerja lapangan dan menduduki ujian yang telah ditetapkan.

​

2.  MASAC Helpline

Platfom yang disediakan untuk memudahkan masyarakat menghubungi dan meminta khidmat nasihat. Perkhidmatan yang ditawarkan diantaranya:

  • Masalah Penagihan                

  • Maklumbalas

  • Khidmat Nasihat

  • Rujukan dan Advokasi

  • Sokongan Sosial

  • Sokongan Psikologi

 

Dana diperlukan: RM 150,000

Jumlah Terkumpul: RM 0 (*Dikemaskini setiap sabtu)

bottom of page