top of page

Dadah dan Kesihatan

Image by Mwesigwa Joel

64.2% pelajar sekolah menengah bersamaan 79,085 orang terlibat dengan dadah. 

Apakah itu Dadah?

Dadah atau “drug” adalah bahan atau kimia yang amat berbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Menurut Kamus Dewan Melayu – Inggeris, makna perkataan “Drug” bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada “drug”, perkataan “use”, “misuse” atau “abuse” perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan “drug”. Contohnya “drug abuse” atau “misuse of drug” yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.

​

Dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti berikut :
1. Opiat dan Opiat sintetik

2. Stimulan

3. Ganja

4. Halusinogen

5. Depresen

6. Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalah guna


Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Dadah memberi kesan kepada sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang). Dari segi fizikal, penagih akan menjadi kurus, tiada selera makan, lemah tenaga, malas dan kelihatan seperti dalam khayalan. Parut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari bertukar warna. Daya tahan penyakit akan menjadi lebih dan mudah dijangkiti seperti kancing gigi, Hepatitis, Tibi, HIV/Aids dan maut.

Jantina

male.jpg

95.7%

117,822 orang

4.3%

5,317 orang

bottom of page