top of page
Profile MASAC 2021-50 (BM).png

LATAR BELAKANG

• Majlis Penyalahgunaan Bahan Malaysia (MASAC) adalah sebuah badan bukan kerajaan yang didaftarkan pada 10 Disember 2014.

• MASAC berfungsi sebagai organisasi induk bagi Ahli Gabungan di bawah naungannya dengan membantu, menyokong dan menyelaraskan usaha Ahli Gabungan yang memberi harapan baru kepada NGO dan masyarakat dalam menangani isu-isu yang berkaitan dengan penggunaan dadah.

• MASAC akan bertindak sebagai rakan strategik dengan kerajaan, badan korporat dan organisasi antarabangsa untuk memastikan keberkesanan menangani masalah yang berkaitan dengan penggunaan bahan terlarang bukan hanya dalam perkhidmatan rawatan dan pemulihan, pencegahan dan jagaan lanjutan, tetapi juga dalam membuat undang-undang dan pindaan yang berkaitan dalam Akta Rawatan dan Pemulihan Dadah.

• MASAC melangkah ke arah organisasi yang lestari dengan menggerakkan tenaga dari semua lapisan masyarakat dalam menyediakan perkhidmatan yang relevan berdasarkan strategi terstruktur melalui pengalaman dan penyelidikan dan selanjutnya menggerakkan penyatuan kesungguhan dan komitmen dalam menghasilakn kerangka kerja baru yang efektif untuk mengatasi masalah dadah.

VideoCapture_20230306-214901_edited.jpg

MISI

Menjadi organisasi terkemuka dalam menggerakkan NGO / CSO untuk membantu mengatasi masalah yang berkaitan dengan penyalahgunaan bahan terlarang.

VISI

Masyarakat yang sihat dan selamat dari kesan negatif penyalahgunaan bahan terlarang.

MATLAMAT

• Menyelaraskan program untuk mengurangkan pengguna dadah baru.

• Menyelaras pelaksanaan program yang berkesan untuk mencegah penagihan semula.

• Mempertahankan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan di kalangan ahli gabungan.

• Memastikan kehidupan bekas pengguna dilindungi dalam komuniti

WhatsApp Image 2022-10-31 at 11.15.23 (1).jpeg

OBJEKTIF

•Perkhidmatan MASAC sebagai satu alternatif kepada perkhidmatan kerajaan dalam usaha bersama mengurangkan penyalahgunaan bahan terlarang di Malaysia.

 

•Memberi latihan bagi meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan yang berteraskan kaedah saintifik & pembuktian.

 

•Mendapatkan dana bagi meluaskan perkhidmatan serta meningkatkan kualiti penyampaian.

 

•Menjalankan inisiatif perusahaan sosial untuk kelangsungan perkhidmatan dan kemampanan

FUNGSI UTAMA

WhatsApp Image 2022-10-31 at 11.15.23 (2).jpeg
Image by UX Indonesia
WhatsApp Image 2022-10-15 at 22.19.53.jpeg
TV Screens
WhatsApp Image 2022-10-15 at 22.19.55.jpeg
WhatsApp Image 2022-10-15 at 22.19.04 (1).jpeg

Latihan & Pendidikan

Penyelidikan & Pembangunan

Ekonomi

Penilaian & Pemantauan

Jaringan

Advokasi

bottom of page