
Bengkel Jurulatih Pemulihan Bertauliah 2.0 (Siri 2)
Bengkel Jurulatih Pemulihan Bertauliah 2.0 atau lebih dikenali sebagai Certified Recovery Coach 2.0 (CRC 2.0) telah berjaya diadakan dengan kerjasama di antara Yayasan Bank Rakyat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Majlis Penyalahgunaan Bahan Terlarang Malaysia (MASAC). Program yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan; YB Tuan Lukanisman bin Awang Sauni ini telah diadakan di Hotel Puteri Bay, Melaka sebanyak dua sesi. Sesi Pertama diadakan pada 15 Mac hingga 18 Mac 2023 dan Sesi Kedua diadakan pada 5 Mei hingga 7 Mei 2023.
Seramai 40 orang (36 lelaki dan 4 perempuan) bakal jurulatih telah terpilih dan mendaftar di bengkel pada kali ini. Mereka terdiri daripada pengasas pusat pemulihan, pensyarah, jururawat dan aktivis masyarakat. Para bakal jurulatih dikehendaki untuk melengkapkan 360 jam waktu pembelajaran dan latihan. 40 jam waktu pembelajaran telah diadakan secara bersemuka. Manakala 320 jam yang berbaki telah digunakan oleh para bakal jurulatih untuk sisi advokasi dan penerangan kepada masyarakat . Setiap daripada mereka telah dinilai oleh 4 orang tenaga pengajar professional.
Sesi terakhir CRC 2.0 ini tamat pada 7 Mei 2023. Program yang telah berjaya menghimpunkan bakal jurulatih dari pelbagai negeri, bangsa dan latar belakang ini diharap menjadi wadah terbaik buat mereka dalam usaha mewujudkan negara yang lebih sihat dan bahagia.
Selamat Maju Jaya Coach!
Galeri Program
























