top of page

Huluran Ramadan 2023

Sabtu, 15 April 2023 - MASAC bersama-sama Persatuan Al-Riqab, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), PUAKPayong, Projek Belia Mahir, Federasi Kebangsaan Pekerja Belia Malaysia, Majlis Belia Malaysia, Majlis Belia FELDA Malaysia dan Surau AlHijrah telah menganjurkan secara bersama program Huluran Ramadhan 2023. Program kali ini diserikan lagi dengan kehadiran YB Senator Dato’ Seri Dr Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang sudi menyampaikan tazkirah Ramadan serta memberi sumbangan duit raya kepada anak-anak di sekitar Chow Kit yang mempunyai latar belakang yang pelbagai.


Program bermula sejak petang dengan aktiviti gunting rambut yang dijayakan oleh para mahasiswa daripada UPSI, agihan bubur lambuk serta edaran kelengkapan hari raya seperti baju kurung, baju melayu dan tudung dan kuih raya. Riuh rendah dengan suara riang ria anak-anak kecil ketika bermain bunga api memeriahkan lagi suasana pada malam hari.


Rata-rata penerima sumbangan amat berterima kasih dan tidak menyangka masih ada sinar raya baru kepada mereka walau hanya potongan rambut percuma dan kelengkapan raya yang sedikit, namun semangat memberi dari yang ada kepada mereka yang tiada amat dihargai mereka. Pada mereka, bukan nilai yang menjadi ukuran, namun keihlasan pemberi sumbangan yang membawa senyuman pada diri mereka pada perayaan kali ini.


MASAC mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua NGO dan dermawan yang terlibat menyantuni dan membantu menceriakan komuniti terpinggir Jalan Chow Kit pada kali ini.

Galeri Program

bottom of page