top of page

Majlis Berbuka Puasa 2023

Majlis Penyalahgunaan Bahan Terlarang Malaysia (MASAC) telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama Ahli-Ahi Gabungan di Koptown EDC Hotel di Kuala Lumpur pada 8 April 2023. Majlis ini telah ditaja oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MAIWP).


Majlis ini telah dihadiri kira-kira 57 orang dari pelbagai ahli gabungan dan jemputan.

Selain daripada berbuka puasa bersama-sama pada bulan Ramadan yang suci, majlis ini merupakan satu cara untuk MASAC beramah mesra bersama semua pemegang taruh dan mengeratkan hubungan di antara kedua-dua pihak.


Majlis ini juga merupakan tanda terima kasih kepada semua atas komitmen dalam usaha mendidik dan membebaskan masyarakat daripada bahaya dadah. Presiden YBrs.Tuan Ahmad Lutfi Abdul Latiff turut berkesempatan memberi sumbangan kepada ahli-ahli gabungan MASAC yang hadir.


Semoga hubungan erat dan mesra ini kekal terjalin.

Galeri Program

bottom of page