Majlis Graduasi Jurulatih Pemulihan Bertauliah 2.0 (Certified Recovery Coach 2.0)
Majlis Graduasi Jurulatih Pemulihan Bertauliah 2.0 (Certified Recovery Coach 2.0) telah berlangsung pada 22 Jun 2023 di Universiti Islam Sains Malaysia (USIM). Majlis bersejarah ini dihadiri oleh YBhg. Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin bin Md Shaarani (Naib Canselor USIM), YBrs. Profesor Dr. Haji Raduwan bin Idar (Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Bank Rakyat), Dr. Nurashikin Ibrahim (Pakar Perunding Perubatan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia) ,YBrs. Profesor Dr. Mohd Yahya bin Mohamed Ariffin (Dekan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan), Pegawai-pegawai dari Yayasan Bank Rakyat, Ahli - ahli Akademik Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Barisan EXCO Majlis Penyalahgunaan Bahan Malaysia (MASAC) serta ahli keluarga.
Majlis ini menyaksikan seramai 39 orang peserta daripada 40 orang yang mendaftar telah berjaya menamatkan modul dan menerima pertauliahan sebagai Jurulatih Pemulihan. Sesi pertama latihan dan pembelajaran telah diadakan pada 15 Mac hingga 18 Mac 2023 manakala sesi kedua telah diadakan pada 5 Mei hingga 7 Mei 2023. Pertauliahan ini membuka ruang kepada mereka untuk menyumbang bakti kepada masyarakat dan negara dalam usaha membasmi penyalahgunaan bahan terlarang.