Mesyuarat Agung MASAC - Tahun 2023
9 September 2023, KUALA LUMPUR - Majlis Penyalahgunaan Bahan Terlarang Malaysia (MASAC) telah mengadakan Mesyuarat Agung bagi Tahun 2023 yang dipengerusikan oleh Y.Brs Tuan Alam Shah. Mesyuarat dimulai dengan ucapan Presiden disusuli dengan pembentangan laporan aktiviti oleh Setiausaha Agung dan laporan kewangan oleh Bendahari Kehormat.
Seusai pembubaran kepimpinan oleh Y.Brs Pengerusi, sesi pengundian dan perlantikan kepimpinan baru telah diadakan. Lebih daripada 50 ahli-ahli gabungan telah melaksanakan tanggungjawab dan sebulat suara melantik kepimpinan MASAC yang baru bagi sesi 2023-2026.
Jawatankuasa Eksekutif Utama
Presiden: Ahmad Lutfi Dato’ Abdul Latiff
Timbalan Presiden: Jaafar Daud
Setiausaha Agung: Raja Azizan Suhaimi
Bendahari Kehormat: Dato' Khamshah Abu Bakar
Jawatankuasa Eksekutif:
Razlan Zainal Abidin
Nor Akmar Ali
Andrew Ee Hua Siew
Mohd Redzhuan Mohd Yusof
Khalid Hashim
Syed Nor Saefuddin Syed Ismail
Terima kasih diucapkan kepada kepimpinan yang terdahulu yang telah melaksanakan tanggungjawab sebaiknya. Tahniah kepada kepimpinan yang baru dilantik.