top of page
  • Writer's pictureMASAC

Angka hampir sejuta penagih dadah menggerunkan – MASAC


Gambar Hiasan


PETALING JAYA – Majlis Penyalahgunaan Bahan Malaysia (MASAC) berpandangan bilangan pengguna dadah mencecah sejuta orang di negara ini adalah angka yang amat menggerunkan.


Setiausaha Agungnya, Raja Azizan Suhaimi berkata, jumlah tersebut perlu ditangani secara drastik dan holistik bermula dari sekarang kerana ia seperti api dalam sekam yang menunggu masa untuk membakar.


Ujar beliau, jika tidak dibanteras, MASAC tidak terkejut dalam hanya masa beberapa tahun ini kemungkinan besar suku daripada keseluruhan rakyat Malaysia akan menjadi penagih dadah terutama golongan belia.


“Keadaan ini sekiranya terjadi akan memberi kesan kepada tenaga kerja tempatan, ekonomi negara dan juga keabsahan pemerintahan serta keselamatan politik.


“Jika benar negara ada 1 juta penagih dadah, ia akan memberi kesan kepada sekurang-kurangnya enam jiwa bagi setiap seorang penagih dadah iaitu anak-anak, adik-beradik, pakcik makcik, saudara, atuk nenek, isteri atau ibu bapa.


“Mereka berdepan tekanan hidup, depressi dan lain-lain kesan malu, takut, kecewa dengan seorang penagih dadah ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Beliau mengulas pendedahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) terdapat kira-kira 137,176 penagih dadah yang sedang mendapatkan rawatan di pusat pemulihan kerajaan dan swasta ketika ini.


Bagi setiap seorang yang mendapatkan rawatan berkenaan, dianggarkan terdapat tujuh lagi yang turut menghadapi permasalahan sama, tetapi tidak dapat dikesan pihak berkuasa.


Raja Azizan berkata, anggaran seramai 1 juta penagih dadah itu juga bermaksud telah ada hampir suku rakyat Malaysia dalam kalangan ahli keluarga penagih dadah yang terkesan.


Menurut beliau, hampir suku rakyat Malaysia itu yang dipanggil sebagai produk hiliran penagih dadah akan mempunyai kecenderungan mengalami sakit mental, sakit jantung mahupun darah tinggi.- KOSMO! ONLINE

40 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comentários


bottom of page