top of page
  • Writer's pictureMASAC

Malu punca isteri enggan lapor suami terlibat dengan dadah


Gambar hiasan. (Gambar kecil: Raja Azizan)


SHAH ALAM - Malu antara punca isteri enggan melaporkan kegiatan suami terlibat dengan penyalahgunaan dadah.


Setiausaha Agung Majlis Penyalahgunaan Bahan Malaysia (Masac), Raja Azizan Suhaimi berkata, tindakan itu menyebabkan hasrat isteri yang mahu mengambil tindakan untuk memfailkan cerai fasakh gagal membuktikan suami terlibat dengan dadah.


Menurut beliau, penceraian boleh dielak menerusi kaedah pemulihan dalam komuniti yang ditawarkan banyak pengusaha swasta untuk memulihkan penagih dadah.


"Pemulihan dalam komuniti ini bukan sahaja terbuka kepada penagih dadah, malah mereka yang berada di sekeliling penagih ini seperti isteri, ibubapa dan lain-lain dengan membekalkan kaedah serta panduan sebagai pesakit luar ilmu menangani serta mengurus penagih dadah ini," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.


Raja Azizan berkata, penceraian dengan seorang penagih dadah hendaklah menjadi jalan terakhir andai ia telah mendatangkan mudarat besar dalam perkahwinan tersebut kerana sokongan keluarga amat diperlukan penagih dadah ini untuk bebas dadah dan kekal pulih dari ketagihan.


"Ini kerana hanya rasa kebergantungan pada sesuatu seperti keluarga termasuk isteri mampu meniupkan semangat bermulanya rasa ingin berhenti menagih dadah serta mampu menangkis penagihan semula oleh mereka ini.


"Tidak salah mohon cerai kerana tidak sefahaman, tetapi bercerai di saat penagih dadah memerlukan sokongan keluarga terutamanya si isteri memberikan kesan pada kehidupan masa hadapan anak-anak pasangan tersebut," ujarnya.


Tambahnya lagi, rata-rata mereka yang membuka pusat pemulihan dalam komuniti ini ialah merupakan bekas penagih dadah atau yang mempunyai ahli keluarga yang pernah terlibat dengan penagih dadah atau mereka yang ingin berjuang membebaskan orang ramai dari belenggu bahan terlarang itu.


"Pemulihan dalam komuniti ini bukan sahaja terbuka kepada penagih dadah, malahan ia terbuka juga kepada mereka yang berada di sekeliling penagih seperti isteri, ibu bapa dan lain-lain dengan membekalkan kaedah serta panduan sebagai pesakit luar ilmu menangani serta mengurus penagih dadah ini," jelasnya..


Orang ramai yang mempunyai pertanyaan bolehlah menghubungi talian helpline Masac di talian 017-322 6380. - oleh IZWAN ROZLIN, Sinar Harian

24 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Комментарии


bottom of page