top of page
  • Writer's pictureMASAC

Potong rambut percuma untuk gelandangan


MASAC menyasarkan lebih 500 gelandangan akan menyertai Program Potong Rambut Raya secara percuma yang akan diadakan di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur pada 15 April ini.


SHAH ALAM - Majlis Penyalahgunaan Bahan Malaysia (MASAC) menyasarkan lebih 500 gelandangan akan menyertai Program Potong Rambut Raya secara percuma yang akan diadakan di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur pada 15 April ini.


Setiausaha Agungnya, Raja Azizan Suhaimi berkata, program yang diadakan dengan kerjasama Belia Mahir dan Puak Payung itu akan bermula jam 6 petang hingga 12 tengah malam.


“Usaha itu diharapkan dapat memberi mereka sinar bahagia berbuka bersama juadah istimewa termasuk rambut baru sebelum raya tahun ini.


"Limpahan rahmatnya juga perlu dirasai bersama orang gelandangan di Jalan Chow Kit dalam semangat Rahmah menyantuni golongan sasar ini dalam mendasari serta menelusuri Malaysia Madani yang sering dilaungkan kini,” kata beliau dalam satu kenyataan pada Ahad.


Raja Azizan menambah, pihaknya turut mengadakan acara lain pada hari tersebut termasuk jamuan berbuka puasa dan tazkirah oleh Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.


Ujar beliau, terdapat juga pemberian peralatan kelengkapan hari raya kepada golongan gelandangan berkenaan.


“Pemberian itu meliputi baju raya, kupiah raya, kerongsang tudung raya, selipar raya, songkok, sampin, kain sembahyang, sejadah dan pelbagai barangan lain lagi,” jelasnya.


“Orang ramai yang ingin menyumbangkan dana untuk aktiviti ini boleh melayari laman web MASAC dan menyumbang secara dalam talian melalui akaun bank.


“Mereka yang ingin menyumbang selain dana wang ringgit turut dijemput menghubungi MASAC untuk menjayakan program ini,” katanya. - Oleh MOHAMAD AMREEL IMAN ABD MALEK, Sinar Harian

8 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page