top of page
Guitarist

Membina Sebuah Harapan Dan Impian.

Kami mendengar cerita mereka dan belajar apa yang penting bagi mereka kerana kami benar-benar mengambil berat tentang kegembiraan, kejayaan, kegelisahan dan kesakitan mereka. Kami prihatin tentang angan-angan seorang anak kecil, pengharapan seorang isteri dan suami serta impian ibu dan ayah untuk memiliki kehidupan yang gembira dan bahagia. Saat masyarakat percaya dan memberi sokongan kepada mereka, mereka mula melihat bahawa kehidupan mereka mempunyai nilai, makna dan tujuan yang besar. 

Ini adalah langkah pertama sebuah pilihan; pilihan yang kita putuskan hari ini. Sebuah pilihan berdasarkan kasih kita kepada mereka yang akan memberi kesan kepada keputusan masa depan - kerjaya yang dipilih, perkahwinan yang dibentuk, keluarga yang dibina dan negara yang dibangunkan. Sertai kami dalam usaha merealisasikan sebuah harapan dan impian.

KEMPEN

addiction-pills-cigarettes.jpg

Hari Anti Dadah Kebangsaan

"Lebih Baik Cegah"
Kita mampu menjadikan masyarakat Malaysia lebih bermaruah dengan menghindari dadah berbahaya. Ayuh bersama MASAC dalam usaha murni ini.

Tujuan Dana:

Memberi kesedaran kepada orang awam tentang bahaya dadah.

 

Dana diperlukan: RM 200,000

Jumlah Terkumpul: RM 0 (*Jumlah akan dikemaskini setiap sabtu)

Semarak Ramadan

Ramadan memberi seribu harapan kepada seluruh umat Islam. Jadikan bulan berkat ini titik mula kepada mereka untuk kembali. Ibadah kita mungkin memberi seribu makna kepada yang memerlukan. Ayuh memaknakan Ramadan & Syawal mereka.

Tujuan Dana:

Meraikan Ramadan & Syawal bersama komuniti yang terkesan dengan aktiviti - aktiviti kerohanian sepanjang Ramadan & Syawal.

 

Dana diperlukan: RM 200,000

Jumlah Terkumpul: RM 0 (*Jumlah akan dikemaskini setiap sabtu)

Mom Reading a Book to her Daughter_edited.jpg
World Flags

World Drug Day

Sertai komuniti dunia bagi mengatakan TIDAK kepada DADAH! Ayuh menyumbang bagi menunjukkan keprihatinan anda.  

Tujuan Dana:

Memberi kesedaran kepada orang awam tentang bahaya dadah dan menyedarkan rakyat Malaysia bahawa usaha ini adalah usaha bersama seluruh dunia.

 

Dana diperlukan: RM 200,000

Jumlah Terkumpul: RM 0 (*Jumlah akan dikemaskini setiap sabtu)

Sinar di Hujung Terowong

Setiap yang terlanjur pasti berharap akan ada sinar di hujung perjalanan mereka. Kita bukan sahaja boleh berdoa, malah boleh bersama-sama membimbing mereka. Sokongan anda sangat mereka harapkan. Ayuh menyumbang!

Tujuan Dana:

Memberi bantuan dan sokongan kepada penagih yang ingin berubah. Dana akan disalurkan kepada mereka yang terlibat secara langsung dengan usaha ini.

 

Dana diperlukan: RM 200,000

Jumlah Terkumpul: RM 0 (*Jumlah akan dikemaskini setiap sabtu)

Sinar di Hujung Terowong (4).jpg
Birthday Celebration

Kasih Keluarga

Kasih keluarga membawa ke syurga. Pengorbanan mereka mengembalikan insan teristimewa ini memerlukan bantuan kita semua. Hulurkan seikhlas hati anda membantu mereka.

Tujuan Dana:

Menjana dana bagi memberi sokongan kewangan kepada keluarga penagih yang terkesan.

 

Dana diperlukan: RM 200,000

Jumlah Terkumpul: RM 0 (*Jumlah akan dikemaskini setiap sabtu)

Tak Nak Dadah!

MASAC dan warga pendidikan mengajak anda semua menolak habis-habisan ketagihan dadah. Katakan "Tak Nak Dadah!" dan bebaskan rakan dan keluaga kita dari belenggu bahaya ini. Jom bantu NGO berkaitan memerangi dadah durjana bersama.

Tujuan Dana:

Menjana dana bagi NGO yang melakukan kerja-kerja advokasi dan pemulihan di dalam negara

 

Dana diperlukan: RM 200,000

Jumlah Terkumpul: RM 0 (*Jumlah akan dikemaskini setiap sabtu)

Support Group Session
Teamwork

Bersatu Banteras

Dunia tidak akan sunyi daripada mereka yang berhati emas. Mereka mengorbankan hidup mereka demi menyelamatkan mereka yang terlanjur ini. Kita juga mampu bersama mereka. Jika tidak tenaga dan masa, wang ringgit kita juga boleh meringankan beban NGO yang terlibat. Bantu mereka untuk terus berjuang.

Tujuan Dana:

Menjana dana bagi NGO yang melakukan kerja-kerja advokasi dan pemulihan di dalam negara

 

Dana diperlukan: RM 200,000

Jumlah Terkumpul: RM 0 (*Jumlah akan dikemaskini setiap sabtu)

bottom of page