top of page
  • Writer's pictureMASAC

MASAC bantah RUU Dikriminasi Penggunaan dan Pemilikan Dadah Dalam Kuantiti Kecil


KUALA LUMPUR: Majlis Penyalahgunaan Bahan Malaysia (MASAC) membantah cadangan Menteri Dalam Negeri menerusi kenyataan akhbar bertarikh 15 Mei 2023 bagi mewujudkan Akta baru melalui Rang Undang-Undang Dikriminasi Penggunaan dan Pemilikan Dadah Dalam Kuantiti Kecil.


Tegas Presidennya, Ahmad Lutfi Abdul Latif MASAC berpandangan konteks dekriminalisasi perlu merujuk kepada aspek tidak mengenakan hukuman penjara kepada mereka yang ditahan disebabkan positif dadah dalam ujian air kencing mereka.


Jelasnya lagi, Mereka yang didapati positif dadah dari ujian air kencing hendaklah diarahkan untuk mendapatkan rawatan sama ada di dalam komuniti atau institusi pemulihan dadah sama ada kerajaan mahupun swasta.


“Merujuk kepada kenyataan akhbar bertarikh 15 Mei 2023 berkaitan usaha untuk memperkenalkan peruntukan undang-undang untuk dekriminalisasi pemilikan dan penggunaan dadah dalam kuantiti yang kecil oleh Menteri Dalam Negeri di dalam akta baru yang akan diperkenalkan iaitu Akta Penyalahgunaan Dadah dan Bahan.


“MASAC berpandangan konteks dekriminalisasi perlu merujuk kepada aspek tidak mengenakan hukuman penjara kepada mereka yang ditahan disebabkan positif dadah dalam ujian air kencing mereka. Mereka yang didapati positif dadah dari ujian air kencing hendaklah diarahkan untuk mendapatkan rawatan sama ada di dalam komuniti atau institusi pemulihan dadah sama ada kerajaan mahupun swasta.


“Bagi mereka yang diarahkan untuk menjalani rawatan dan pemulihan secara sukarela tidak direkodkan sebagai satu kesalahan undang-undang malah tiada pengawasan ditetapkan kepada mereka setelah mereka tamat menjalani rawatan dan pemulihan.” Kata Ahmad Lufti menerusi kenyataan akhbarnya pada Khamis.


Menurut Ahmad Lufti lagi, mereka yang ditahan dan diarahkan untuk mendapatkan rawatan juga disyorkan untuk dikurangkan tempoh masa pengawasan berdasarkan tahap keparahan penagihan mereka.


Ujarnya, ini bagi membolehkan mereka untuk meneruskan kehidupan mereka dengan lebih efektif memandangkan tempoh pengawasan yang terlalu panjang hanya akan membataskan pergerakan mereka dan tiada bukti saintifik yang menunjukkan tempoh pengawasan selama 2 hingga 3 tahun yang diamalkan sekarang mampu mengurangkan penagihan dadah.


“Bagi membantu golongan yang terlibat dengan penagihan dadah serta memberikan mereka peluang kedua untuk memulakan kehidupan baru disyorkan rekod lampau pengguna dadah yang telah bebas dari penagihan dadah dalam tempoh tertentu (5 tahun) di bersihkan dari rekod jenayah.


“MASAC juga berpandangan mereka yang ditahan memiliki jumlah kecil dadah pada diri mereka juga perlu diteliti dengan lebih lanjut dari segi kaedah perlaksanaannya kerana dikhuatiri ianya akan dimanipulasi dan diambil kesempatan oleh golongan penagih dan penyalahguna dadah. Hukuman bagi kes tertentu mungkin masih boleh dikenakan namun selepas penilaian yang komprehensif berdasarkan latarbelakang dan tahap keparahan individu berkenaan.” Katanya. - oleh Ahmad Fansuri Mohd Nasir, SUARATV

19 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
bottom of page